Mengenai LPFN
Laporan Perancangan Fizikal Negeri Selangor (LPFNS) merupakan mekanisma penilaian menyeluruh dan bersepadu untuk mengukur pelaksanaan dan pencapaian setiap dasar bagi tujuan pemantauan pembangunan fizikal yang telah digariskan dalam RSN Selangor 2035
Wilayah Bandar Berkembang Maju
Teras 1
Mempunyai ekonomi yang produktif, stabil dan mempunyai nilai ditambah di dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.
Mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat nasional dan global bagi menarik pelaburan domestik dan asing yang berkualiti tinggi
Menjana pertumbuhan ekonomi setempat (local economy) yang tinggi bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Wilayah Bandar Mampan
Teras 2
Mewujudkan perbandaran yang efektif dan optimum bagi mengurangkan impak pemanasan global dan mewujudkan masyarakat rendah karbon.
Meningkatkan kualiti alam sekeliling dan kualiti hidup dengan mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih sihat dan kondusif
Wilayah Bandar Makmur
Teras 3
Kemakmuran di dalam konteks ini adalah setiap lapisan penduduk Negeri Selangor berpeluang untuk menerima manfaat daripada pembangunan perumahan, kemudahan masyarakat, rekreasi dan lain-lain kemudahan sosial serta menjalani kehidupan di dalam persekitaran yang sihat