Menilai setiap inisiatif pelaksanaan yang terkandung dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035
Sistem Penilaian Laporan Perancangan Fizikal Negeri Selangor (LPFNS) dibangunkan bagi menilai setiap inisiatif pelaksanaan yang terkandung dalam Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (RSNS 2035) dan telah dipersetujui di dalam senarai program bawah RMKe-11 Bajet Negeri Selangor, Bajet Pembangunan P16 JPBD Selangor.
Pembangunan Sistem Penilaian LPFNS ini adalah kesinambungan daripada kajian Kerangka Awal Laporan Perancangan Fizikal Negeri Selangor (KKALPFNS), Laporan Perancangan Fizikal Negeri Selangor 2017 (LPFNS 2017) dan Laporan Perancangan Fizikal Negeri Selangor 2018 (LPFNS 2018).
Berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 (RSNS 2035), terdapat sebanyak 445 inisiatif pelaksanaan bagi 70 dasar yang terkandung di bawah 3 teras utama iaitu teras Wilayah Bandar Berkembang Maju, Wilayah Bandar Mampan dan Wilayah Bandar Makmur.
Matlamat
Penyediaan Sistem Maklumat Penilaian LPFNS selaras dengan hasrat Jabatan dan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan urusan kerja agensi ke arah era digital atau Internet of Things (IOT).
Laporan Perancangan Fizikal Negeri Selangor disediakan bagi menggantikan Laporan Tinjauan untuk dijadikan asas bagi menyokong kertas cadangan untuk penyediaan Rancangan Struktur pengubahan atau penggantian dibawah subseksyen 11(2), Akta 172.
Objektif
Laporan Perancangan Fizikal Negeri Selangor disediakan bagi menggantikan Laporan Tinjauan untuk dijadikan asas bagi menyokong kertas cadangan untuk penyediaan Rancangan Struktur pengubahan atau penggantian dibawah subseksyen 11(2), Akta 172.
Membantu agensi-agensi dalam Negeri Selangor mengukur dan memantau pencapaian dasar dan inisiatif pelaksanaan yang terkandung dalam RSN Selangor
Memudahcara dalam proses menganalisa dan membuat keputusan perancangan dalam penyediaan RSN Selangor pada masa akan datang
Teras
Perancangan yang holistik dan dilaksanakan secara bersepadu diantara negeri dan persekutuan untuk memastikan kemudahan dan infrastruktur disediakan mampu menampung jumlah penduduk yang tinggi. Oleh demikian, matlamat rancangan strategik Negeri (RSN) Selangor 2035 telah dirancang dan memiliki 3 teras iaitu wilayah bandar maju, wilayah bandar mampan, dan wilayah bandar Makmur. Teras ini berlandaskan dengan matlamat RSN Selangor 2035 iaitu, memperkasakan pembangunan Negeri Selangor sebagai sebuah wilayah bandar yang berkembang maju, mampan dan Makmur (thriving, sustainable and prosperous city region).
Wilayah Bandar Berkembang Maju
Teras 1
Mempunyai ekonomi yang produktif, stabil dan mempunyai nilai ditambah di dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.
Mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat nasional dan global bagi menarik pelaburan domestik dan asing yang berkualiti tinggi
Menjana pertumbuhan ekonomi setempat (local economy) yang tinggi bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Wilayah Bandar Mampan
Teras 2
Mewujudkan perbandaran yang efektif dan optimum bagi mengurangkan impak pemanasan global dan mewujudkan masyarakat rendah karbon.
Meningkatkan kualiti alam sekeliling dan kualiti hidup dengan mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih sihat dan kondusif
Wilayah Bandar Makmur
Teras 3
Kemakmuran di dalam konteks ini adalah setiap lapisan penduduk Negeri Selangor berpeluang untuk menerima manfaat daripada pembangunan perumahan, kemudahan masyarakat, rekreasi dan lain-lain kemudahan sosial serta menjalani kehidupan di dalam persekitaran yang sihat
Hala Tuju Strategik
Strategik sistem maklumat penilaian laporan perancangan fizikal Negeri Selangor di PlanMalaysia@Selangor bagi tahun 2019-2020 merupakan satu hala tuju ke arah mempertingkatkan dan memperkasakan mekanisma penilaian menyeluruh dan bersepadu untuk mengukur pelaksanaan dan pencapaian setiap dasar dan inisiatif pelaksanaan dalam RSNS 2035 bagi tujuan pemantauan pembangunan fizikal. Selain itu, merangka strategi baru bagi menilai setiap dasar dengan membentuk dan mencadangkan petunjuk output bagi setiap dasar telah dijalankan. Setelah membentuk petunjuk output, mengenal pasti sumber data dan jenis data yang diperlukan untuk setiap dasar bagi mencapai matlamat dan objektif LPFN Selangor.
Strategik bagi sistem maklumat penilaian laporan perancangan fizikal Negeri Selangor terbahagi kepada 6 hala tuju strategik. Hala tuju strategik terbahagi mengikut teras dan dasar RSN.
Dasar
Dasar-dasar RSN Selangor 2035 adalah merupakan kandungan daripada kerangka yang disediakan bagi menyelesaikan isu dan masalah yang telah dikenal pasti dalam kajian semula Rancangan Struktur ini.
Inisiatif Pelaksanaan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi pengawalselia mempunyai data yang boleh digunapakai untuk diukur berdasarkan petunjuk output yang di cadangkan dan relevan untuk dikaji.
RSN Selangor 2035 telah mengenal pasti 445 inisiatif pelaksana untuk mencapai matlamat pembangunan RSN Selangor untuk mencapai matlamat pembangunan RSN Selangor 2035 dengan memperkasakan pembangunan Negeri Selangor sebagai sebuah wilayaj bandar kea rah berkembang maju, mampan dan Makmur. Inisatif pelaksanaan terbahagi kepada tiga kategori mengikut teras tersebut:
Wilayah Bandar Berkembang Maju
Teras 1
Wilayah Bandar Mampan
Teras 2
Wilayah Bandar Makmur
Teras 3
Jumlah ini diperolehi daripada kategori data dan maklumat yang digunapakai berdasarkan kepada petunjuk output yang dicadangkan. Ini bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkepentingan untuk menilai tahap keberkesanan sesuatu inisiatif pelaksanaan.